13 September 2012 - 13:02

Sungguh mengejutkan apabila Amerika dan Majlis Keselamatan bukan sahaja tidak mengecam perbuatan ini, bahkan ada yang menganggap demonstrasi di depan kedutaan mereka sebagai keganasan sedangkan mereka yang patut dinamakan pengganas adalah orang yang membuat penghinaan terhadap kesucian umat Islam tanpa sebab serta mencetuskan huru hara di seluruh dunia.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah al-Uzma Makarem Shirazi mengeluarkan kenyataan media tentang penghinaan warga Amerika terhadap Nabi Muhammad (s.a.w).

Teks pernyataan Marji' Taqlid tersebut adalah adalah seperti berikut:

بسم الله الرحمن الرحيم

Tangan-tangan yang tercemar dengan gerakan Zionis dan beberapa paderi pelampau Amerika berniat jahat yang pernah berhasrat membakar al-Quran sebelum ini, sekali lagi cuba menghasilkan filem yang menghina Nabi (s.a.w).

Perbuatan keji ini dan hina ini menunjukkan bahawa mereka sangat khuatir kepada kebangkitan dunia Islam dan tersebarnya agama Allah di alam semesta.

Umat Islam bernasib baik kerana berdasarkan kesedaran, beberapa negara Arab dan negara Islam menunjukkan reaksi keras bahawa perbuatan keji ini tidak akan dibiarkan tanpa jawapan.

Menjadi sebuah kewajipan kepara umat Islam di negara-negara lain menyuarakan jawapan kepada konspirasi Zionis-Amerika bersama mereka pada hari Jumaat (esok).

Sungguh mengejutkan apabila Amerika dan Majlis Keselamatan bukan sahaja tidak mengecam perbuatan ini, bahkan ada yang menganggap demonstrasi di depan kedutaan mereka sebagai keganasan sedangkan mereka yang patut dinamakan pengganas adalah orang yang membuat penghinaan terhadap kesucian umat Islam tanpa sebab serta mencetuskan huru hara di seluruh dunia.

Kami mengutuk keras penghinaan yang tidak pernah terjadi sebelum ini sambil menggesa umat Islam di seluruh dunia memberikan jawapan sepatutnya serta memberikan pengajaran berguna sehingga mereka melupakan aksi-aksi keji ini buat selama-lamanya. 

"Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, sedangkan Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka." - Al-Saf ayat 8